Ciri-ciri stesen Stesen_LRT_Kampung_Baru

Lokasi

Stesen ini terletak di sebelah selatan Kampung Baru berdekatan dengan tebing Sungai Klang dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH). Terletak berhampiran stesen ini adalah flat perumahan awam Kampung Baru, Masjid Jamek Kampung Baru dan SRA Jalan Raja Muda Musa.

Pelan stesen

GAras tanahPintu masuk/keluar , perhentian bas, teksi dan kenderaan persendirian
B1Aras legarPagar tambang, mesin tiket dan pusat khidmat pelanggan
B2
Platform
KJ Arah Utara5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ1  Gombak (KLCC)
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
Platform tengah, pintu tren akan dibuka di sebelah kanan
KJ Arah Selatan5 Laluan Kelana Jaya menghala ke  KJ37  Putra Heights (Dang Wangi)

Stesen ini adalah stesen bawah tanah dengan tiga tingkat iaitu: aras tanah, aras legar dan aras platform. Stesen ini mempunyai satu platform tengah di bawah ruang legar untuk perkhidmatan Laluan Kelana Jaya. Terdapat kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) seperti platform mesra OKU dan lif. Selain itu, terdapat rak basikal yang boleh memuatkan sehingga 20 basikal.[2]